fbpx

Hari ini adalah hari TERAKHIR (12 Jan 20)

Public Speaking Mastery

Apabila kita tahu teknik yang betul, kita akan santai, tidak melalut. "Keretapi pemikiran" akan memudahkan penyampaian. Sekarang saya DEDAHKAN KESEMUA TEKNIK ITU DI SINI!

Pendaftaran kini dibuka sekarang

Tawaran EARLY BIRD ini akan tamat pada 12 Januari 2020

Bagaimana saya mahu jadi public speaker yang baik?

Jawabnya mudah, jadi "private speaker" yang baik.
Bercakap kepada diri sebagaimana kita mahu bercakap kepada orang ramai.

Berfikir secara naratif. Pemikiran membentuk perkataan.
Perkataan membentuk perbuatan.
Perbuatan membentuk tabiat. Tabiat membentuk watak.

Sentiasa jadi "consciously positive". Lama lama kita akan "unconsciously positive".
Bertutur positif. Ianya sedap didengar dan audiens pun gembira.

Pelik apabila Public Speaking dijadikan kemahiran untuk berkata dusta dan penuh keji nesta.
Manusia apakah kita ini,apabila tidak takut neraka.

Fahami "The Power of Context".
Kebenaran yang tidak terbungkus menarik selalunya kalah oleh kepalsuan yang terbungkus dengan pakejing cantik.
Ada dua situasi:

Situasi satu: Pemahaman benar dan pengetahuan sebenar itu perlu. Bodoh penyampaian akan menjadikan orang keliru. Ini akan menjadikan pendengar celaru dengan kebodohan retorikanya. Ucapkata yang berterabur dan kabur.
‚Äč
Situasi dua: Pintar menyampaikan namun apabila apa yang disampaikan itu bukan pemahaman benar akan kekal menjadikan khalayak dalam landasan salah dan mereka akan jauh lebih tersesat lagi.

"Apabila hati yang berbicara, hati jua yang mendengarnya."

Ilmu Public Speaking adalah ilmu terpenting masa kini.
Setiap dari kita memerlukan ilmu ini untuk terbang tinggi.
Usahawan, Guru, Pensyarah, CEO syarikat, dan trainer.

Andai dihitung nilainya, tak terkira.
Di rak buku saya hampir lima ratus buah buku mengkhusus dalam subjek Public Speaking dan Storytelling.

Nilainya tentulah lebih dari 50,000 ringgit hanya kerana kegilaan pada subjek ini.
Habis guru di dunia saya telaah dan ada yang saya belajar secara online dengan nilai paling kurang RM3,000 untuk satu kursus online.

Saya terpanggil untuk beri titipan kemahiran dan keterampilan dalam bidang ini.
Masa pula terbatas. Saya tidak lagi banyak masa dalam negara.

Maka, pada hari ini, 5 Januari, 2020, kita lancarkan buat kali pertama.

Mengapa Public Speaking?

Ini soalan biasa yang selalu kami terima.

Ianya boleh dijawab dengan pelbagai cara.
Antaranya menjelaskan Public Speaking adalah kemahiran yang boleh dipelajari.

Ia juga untuk kemajuan kerjaya.
Untuk kelihatan yakin dan percaya diri.
Untuk dapat menyampaikan idea dengan terang dan nyata.
Untuk lebih "berkuasa tinggi" dalam pergaulan harian. Bukan lagi menyorok di barisan belakang dalam majlis majlis yang dihadiri.

Public Speaking adalah antara perkara yang PALING DITAKUTI.
Hakikat Nyata, ketakutan boleh dipindahkan dengan LR. "Latihan dan Refleksi".

Ketakutan pada khalayak, takut tidak bersedia dan takut pada cemuh kata manusia.
Ini biasa dirasai oleh ramai manusia.
Inilah yang menghalang kita menyebarkan idea dan menyampaikan formula.

Antara dua kemahiran paling utama yang kita "lupa belajar" masa alam persekolahan adalah :

1. Kemahiran berdiri dan bercakap dengan yakin serta
2. Kemahiran menulis idea bernas dalam aturan ayat jelas serta paragraf yang kemas.

Apabila kita sudah dapat membuat pembentangan dan menyampaikan ucapan, kita akan :

  • Berdiri dengan yakin, dimana mana pentas dan majlis keramaian.
  • Positif dan tenang. Kita akan lebih produktif kerana dapat menyampaikan mudah kepada ramai orang.
  • Kita akan berasa suka kepada diri sendiri.

Menyampaikan ucapan mesti menjadikan kita gembira dan selesa semasa berdiri bercakap sama seumpama berada di majlis kenduri keluarga.

Public Speaking akan membina KARISMA- satu kuasa peribadi yang bernilai mahal dan berharga. Wajah, penampilan dan KUASA UCAPAN adalah antara ciri ciri karisma.

Hakikat Nyata, Karisma mempunyai tiga unsur utama:

# ILMU - unsur ilmu dan kepakaran. Kita akan rajin untuk ambil tahu dan belajar. Cara terbaik untuk menguasai rasa takut di pentas adalah tahu apa yang kita perkatakan.
# TULUS - Tidak munafik dalam berkata. Kita akan membawa kebaikan dan memandaikan bangsa. Kita bijak mengatur ayat.
# IMEJ - Penampilan dan tutur kata. Sopan berbudi, indah terperi.

PELUANG HANYA SINGGAH PADA MINDA YANG BERSEDIA.
Public Speaking mengasuh minda kita untuk bersedia.

"Ilmu Yang Buat Saya Mengigau..."

Apakah Yang Ada Dalam Public Speaking Mastery Online?

30 Hari Ilmu Tanpa Henti

Anda akan menikmati dan menguasi ilmu Public Speaking selama 30 hari tanpa henti. Tonton hari demi hari. Buat dan lakukan segera. Kemudian lihat hasilnya.

Ilmu Premium Berkuasa Tinggi

Rujukan konten-konten Public Speaking Mastery Online adalah daripada gabungan dua alam. Alam teori dan alam amali. Belajar dari pengetahuan, belajar dari pengalaman.

Bonus dan Kejutan Tanpa Henti

Program ini program serius. Kami akan terus memberi tanpa henti. Konten-konten akan dikemas kini dari masa ke masa. Anda melabur hari ini sekali, untungnya berkali-kali.

Apa Kata Mereka Yang Pernah Menyertai PSM?

Kenali Siapa Dato' Roslan Ab Hamid

Public Speaking Guru

Sebagaimana Yang Disaksikan Di:


Apakah Yang Anda Akan Kuasai

Public Speaking Mastery Online

Ini adalah program secara online. Apabila sertai, anda akan mendapat akses untuk ke website ahli. Di sana anda boleh tonton video kesemua konten. Konten disusun hari demi hari. Anda ada masa 30 hari untuk ULANG-KAJI dan ULANG-UJI.

Ada juga konten-konten bonus yang akan melengkapkan lagi kursus ini. Anda hanya boleh membuka konten bonus setelah modul utama diselesaikan.

Hari 1

Kuasai tiga perkara asas. Menurut Kajian Minessota, apabila melakukan perkara ini, kita akan menarik perhatian audiens sebanyak 46%.

Hari 2

Apa itu public speaking. Pesanan Daniel Webster. Bagaimana mendorong manusia. Dua kaedah komunikasi manusia.

Hari 3

Kenali VIP dalam public speaking. Perkara penting untuk presenter dan marketer. Adakah Public Speaking ini bakat atau bakat latih buat?

Hari 4

Saya akan dedahkan 5 C.A.C.A.T cela dalam public speaking yang sering dilakukan oleh penceramah.

Hari 5

Jerangkap samar dalam public speaking. Dipanggil "Trouble spot". Kupasan satu persatu. Bagaimana menjadikan audience tersentak?

Hari 6

Public speaking dan Neuro-Linguistic Programming (NLP). Bagaimana aplikasi ilmu NLP dalam persembahan anda.

Hari 7

Kita mulakan dengan persiapan sebelum naik panggung. Apakah itu foundational phrase. Frasa-frasa fondasi dan bagaimana membinanya.

Hari 8

Adakah public speaking ini sembang kencang. Atau membebel panjang. Ataupun cakap tidak ketahuan. Bina "speaking ability".

Hari 9

Apakah yang kita dapat dengan belajar public speaking. Bagaimana public speaking membina diri kita menjadi watak yang luar biasa.

Hari 10

Kuasai ketakutan utama dalam Public Speaking. Empat (4) ketakutan. Bagaimana memindahkan ketakutan ini jadi keberanian.

Hari 11

Apakah sebab kita mengelak dari berucap. Otak kita tidak dapat berputar seperti biasa. Segalanya seakan terhenti. Kita berada di zon tidak tahu apa yang perlu diucapkan.

Hari 12

Dua simptom di atas pentas. Simptom fisiologikal dan sistem psikologi. Fokus simptom pertama. tidak ketemu nyama rasa di atas pentas. Lutut menjadi ketar. Kesan simpton ini kepada ucapan kita.

Hari 13

Kali ini kita cerita simptom psikologikal. Siapa yang naik pentas tanpa persediaan akan turun dengan rasa malu yang keterlaluan.

Hari 14

The Big G. Pusat kecelaruan ramai public speaker. Ucapan jadi tidak menentu. Punca sebenar manusia mengalami The Big G dan bagaimana mengatasinya.

Hari 15

Ini kisah Pakar Psikologi vs Juara Baling Dart. Pakar kata kamu tidak akan tepat sasaran. Juara kata aku boleh baling tepat. Apa kaitannya kisah ini dengan public speaking. 

Hari 16

One Way Street. Kenapakah kita rasa 'personally rejected'. Emosi terganggu. Apakah trick yang mahu dilakukan?

Hari 17

Apakah kebolehan yang sudah ada pada diri kita yang boleh membantu public speaking. Apakah satu rahsia dari pelakon pentas opera yang sentiasa penuh passion biarpun sudah berulangkali bawa topik yang sama.

Hari 18

Bagaimana mahu belajar public speaking. Bagamaina menimbulkan rasa berani luar biasa. Rasa ketagih abadi kepada panggung pentas ucapan.

Hari 19

Kisah Cicero seorang orator hebat zaman Greek. Merit seorang public speaker bergantung kepada keupayaan beliau melawan kegugupan. Bagaimana mengawal kegugupan. Apakah hormon yang keluar dan bagaimana kesan hormon ini kepada ucapan kita.

Hari 20

Ingatan khusus. Enam pesanan untuk memisahkan kecemerlangan vs kegagalan dalam public speaking. Cerita Message Map. Bina jambatan yang menghubungkan emosi dan hati.

Hari 21

The Power of Privacy. Bagaimana mahu menukar ketakutan kepada keberanian. Bagaimana tips ini sebabkan audiens memberikan keyakinan kepada kita.

Hari 22

Creative Visualization. Rahsia besar untuk mengatasi demam panggung. Teknik pernafasan yang diajarkan oleh Tony Robbins.

Hari 23

Lagi tentang prana. Apabila prana teratur, cakapnya terang dan jelas. Pemilihan perkataannya tepat dan melekat.

Hari 24

Progressive Relaxation. Bagaimana untuk bekerja dengan tubuh untuk melancarkan ucapan kita. Kaki, Tumit, Lutut. Bagaimana menjaga kedua bahu kita. Kesannya pada audience. Peranan tengkuk.

Hari 25

Kita berkenalan dengan 5P dalam Public Speaking. Ini bahagian 1. Fokus dan kuasai. Kemudian kita sambung 5P bahagian 2.

Hari 26

Latihan 5P bahagian kedua. Memanfaatkan subconcious mind. Cari tahu apakah perkara yang mahu disampaikan. Dan apa itu tidak ada istilah perfect.

Hari 27

Apakah satu kad yang harus berada denagn speaker sepanjang masa. Dan bagaimana kad ini boleh mengelakkan terlupa poin-poin penting. Kad keyakinan. Bagaiman buat kad ini.

Hari 28

Dua perkara yang perlu ada pada speaker. Bagaimana dua perkara ini akan membuatkan audiens teruja dan selesa. Tiga tahap gugup.

Hari 29

Tiga perkara yang menyebabkan public speaker takut dimalukan. Dan bagaimana mengatasi tiga perkara ini supaya cakap kita lancar dan difahami.

Hari 30

Hari penting. Saya akan kongsikan apakah itu bermaklumat vs pemujukan. Apa itu stori dan bagaimana setiap tahap stori itu beri kesan pada emosi.

Semua Ini Akan Dapat Diakses Dengan Mudah Menerusi Platform Online Yang Mudah & Simpel

Anda akan menerima akses ke website premium. Di website ini anda akan dapat menonton, menikmati, mendengar setiap kuliah yang disampaikan. Anda boleh khatam 30 video dalam masa sehari atau tonton sehari demi sehari. Learn at your own pace.

Bonus Istimewa

Public Speaking Canvas (bernilai RM199)

Canvas Public Speaking Mastery merupakan alat bantu khas untuk melatih peserta bercakap dengan tersusun dan teratur. Dato' Roslan akan mengupas satu persatu cara menggunakan Canvas ini setelah anda khatamkan 30 hari video Public Speaking.

Kuliah Digital Public Speaking Mastery (Gold & Platinum) (bernilai RM499)

Anda akan dapat 20 lagi video khas Kuliah Digital Public Speaking. Dalam kuliah ini, Dato' Roslan akan berkongsi lebih banyak rahsia-rahsia seorang Public Speaker yang digeruni.

Sesi FB Live Bersama Dato' Roslan (Gold & Platinum) (bernilai RM699)

Dalam sesi FB Live tertutup ini, anda akan mendengar kuliah EXTRA Public Speaking. Dan anda juga boleh bersoal jawab secara live.

Presentation Review oleh Dato' Roslan (Platinum) (bernilai RM899)

Pertama seumpamanya. Anda rekod video persembahan anda. Hantar. Dato' Roslan akan lihat dan berikan input-input untuk penambahbaikkan dan pemantapan.

Premium Group Coaching (Platinum) (bernilai RM899)

Kali ini kita akan hadir dalam sesi berlaga lutut. Bertemu lansung dan mengikuti modul SUPER SPECIAL yang belum pernah didedahkan kepada sesiapa.

Saya Jamin Anda Puas Hati Atau Saya Pulangkan Wang Anda Dalam Masa 30 Hari

Fokus saya adalah kepuasan dan kenyamanan anda. Saya mahu anda kuasai ilmu Public Speaking ini. Setiap konten yang dibikin sudah diperhalusi dan disemak kualitinya. InsyaAllah kesemua ilmu ini adalah ilmu premium.


Walaubagaimanapun, seandainya anda menyertai program ini dan tidak berpuas hati, maka anda dilindungi oleh jaminan pemulangan wang dalam masa 30 hari.


Hanya perlu beritahu saya menerusi talian bantuan di +6017-973 5887

Public Speaking Mastery Online Course

Apabila anda mendaftar pakej GOLD hari ini saya akan hadiakan sesi Group Coaching bernilai RM899

BASIC

Asas. Fundamental


Asal: RM399

RM

299

  • 30 Video Public Speaking Mastery
  • Canvas Public Speaking Mastery (bernilai RM199)
  • Jaminan Pemulangan Wang 30 Hari
PLATINUM

Eksklusif. Sempurna. Mantap. Lengkap.


Asal: RM2999

RM

1999

  • 30 Video Public Speaking Mastery
  • Canvas Public Speaking Mastery (bernilai RM199)
  • 20 Video EXTRA Kuliah Digital Public Speaking (bernilai RM499)
  • 1X Sesi FB Live bersama Dato' Roslan (bernilai RM699)
  • Bonus: Dua Video Modul S.T.O.R.I & P.O.W.E.R (bernilai RM99)
  • Video 5 Guru Bisnes (bernilai RM99)
  • Presentation Review oleh Dato' Roslan secara online (bernilai RM899)
  • Premium Group Coaching bersama Dato' Roslan - Sesi Berjumpa (bernilai RM899)
  • Jaminan Pemulangan Wang 30 Hari

Kesemua pembayaran diuruskan oleh payment gateway yang terjaga dan dijamin keselamatannya.


Pakej Syarikat dan Korporat

Adakah anda mahukan kesemua rakan kerja yang petah berbicara dan boleh menyampaikan sesuatu dengan jelas dan berkesan? Hubungi kami untuk pakej istimewa ini di talian +6017-973 5887